Asas Akaun: 11 Perkara Usahawan WAJIB tahu Sebelum Mula Berniaga

Asas Akaun: Nadi seorang Usahawan

Pertama #1

Mahu tahu lanjut tentang asas akaun? Bayangkan:-

1. Pemandu kenderaan = Usahawan
2. Kenderaan. = Entiti perniagaan
3. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) = SSM
4. Lesen kereta. = Lesen Perniagaan
5. Petrol. = Modal
6. Kawan Baik. = Prospek
7. Hadiah Hari Lahir. = Barang Niaga
8. Majlis Hari Lahir. = Kejayaan
9. Cukai Jalan = Papantanda
10. Undang-undang Jalanraya = Akta Syarikat 1965

 

Kedua tentang Asas Akaun#2

Ceritanya bermula dengan pemandu kenderaan (usahawan) beli kenderaan baru (entiti perniagaan).
Setelah mendaftar kenderaan baru tersebut di JPJ (SSM), beliau bercadang ke sambutan harijadi (kejayaan) kawan baiknya (prospek) dengan membawa hadiah harijadi (barang niaga).

Sebelum bertolak ke majlis tersebut pemandu kenderaan (usahawan) itu mengisi petrol (modal) agar diperjalanannya tidak terhenti disebabkan tiada petrol (modal) & dia berjaya sampai ke destinasi iaitu tempat majlis harijadi (kejayaan).

Boleh faham kan? Isi minyak (modal) baru kereta boleh jalan. Ini asas akaun.

asas
Perkara ketiga #3

Lesen memandu (Lesen berniaga) dan cukai jalan (papantanda) adalah untuk tujuan pematuhan undang-undang jalanraya (Akta Syarikat 1965).

Begitu juga perjalanan seorang usahawan.

Bermula dengan mendaftar perniagaan di SSM (JPJ), usahawan itu akan mempromosikan barang niaganya (hadiah) kepada prospek sehingga perniagaannya mencapai hasil yang di ingini (kejayaan).

 

Keempat #4

Namun realiti seorang usahawan lebih kompleks berbanding seorang pemandu kenderaan.

Maka dengan itu saya akan terangkan berdasarkan

1. Fasa 1 asas akaun –  sebelum berniaga (Diagram 1)
2. Fasa 2 asas akaun- mula berniaga

Perkara Kelima #5

FASA 1 ASAS AKAUN – SEBELUM BERNIAGA

DIAGRAM 1

Berdasarkan diagram di atas, dokumen sokongan yang dimaksudkan adalah SIJIL PENDAFTARAAN.

Persoalan di sini adalah, dimana sumber duit ($), yang digunakan untuk manbayar fi sijil pendaftaraan?

Kebiasaannya, sumber tersebut datangnya dari duit pemilik kerana perniagaan belum ada duit kerana belum berniaga.

Perkara Keenam #6

TINDAKAN/DOKUMEN/REKOD ASAS AKAUN

1. Rekodkan duit pemilik yang digunakan untuk tujuan perniagaan di dalam buku atau Excel (Tindakan & Rekod)
2. Failkan sijil pendaftaraan (Dokumen Sokongan)

Perkara Ketujuh #7

FASA 2 ASAS AKAUN- MULA BERNIAGA

Dengan adanya Sijil Pendaftaran Peniagaan usahawan dah boleh mula berniaga secara sah.

DIAGRAM

Berdasarkan diagram di atas, usahawan menjual dengan mengeluarkan invois (Dokumen Sokongan) kepada pembeli dan apabila pembeli membuat bayaran, penjual akan menghantar barang yang dipesan kepada pembeli.

DIAGRAM

Langkah Kelapan Asas Akaun #2

ANDAIAN : BELIAN SECARA TUNAI

FASA 2(B)- MULA BERNIAGA (BUAT BAYARAN)

Setelah jualan dibuat, maka perniagaan itu telah ada duit masuk.

Apa tindakan usahawan dengan duit masuk tersebut?

a. Bayar hutang pembekal?
b. Bayar hutang pemilik?
c. Beli barang niaga?
d. Jadikan deposit untuk buka akaun bank syarikat/Enterprise?
e. Simpan?

Yang mana satu tindakan yang anda fikir sepatutnya diambil dulu oleh usahawan?

Jawapannya: kesemua tindakan dan keputusan di atas boleh diambil oleh anda dan ianya tiada salah dan tiada betul.

Perkara Kesembilan #9

Namun, adalah dinasihatkan usahawan perlu mulakan dengan mengambil tindakan (d).

Setelah akaun syarikat/Enterprise dibuka, maka bolehlah pemilik mula proses membayar.

Berdasarkan cerita di atas, jumlah duit yang didepositkan adalah RM3000. Maka di sini, dokumen sokongannya adalah Bank-in-Slip.

Sebelum pemilik mulakan aktiviti membuat bayaran, adalah dinasihatkan pemilik senaraikan barang jualan, perbelanjaan operasi, hutang syarikat dan lain belanja.

Perkara Kesepuluh #10

Bagi memulakan proses membayar, dokumen yang perlu ada ada adalah :-

a. Baucer Bayaran
b. Dokumen Sokongan – Invois pembekal dan resit Daftar Perniagaan.
c. Cek/Internet Banking

asas-akaun

Pemilik boleh mulakan dengan membayar pembekal (RM2000) dan fi pendaftaran perniagaan (RM60) yang telah didahulukan bayarannya oleh pemilik.

Duit jualan yang di depositkan di dalam bank dan membuat bayaran dari bank syarikat/Enterprise perlulah direkod dalam buku yang dinamakan BUKU TUNAI seperti di bawah:-

TABLE

Pemilik boleh dapat banyak maklumat dari BUKU TUNAI ini iaitu:-

a. Jumlah duit masuk/duit jualan secara bulanan.
b. Jumlah duit keluar secara bulanan
c. Baki duit setiap hari/minggu/bulan
d. Jenis perbelanjaan apa yang dibelanjakan atau berapa jumlah dibelanjakan bagi setiap kategori perbelanjaan.

Melihat kepada maklumat yang pemilik boleh dapat dari Buku Tunai, maka pemilik adalah disarankan untuk sekurang-kurangnya tahu atau faham bagaimana merekod duit masuk dan keluar dalam Buku Tunai.

Anda sebagai pemilik mesti ada ilmu Buku Tunai agar setiap keputusan yang dibuat adalah berasas iaitu ANGKA dan anda tahu kedudukan kewangan syarikat atau perniagaan anda pada bila-bila masa dan keadaan.

Lanjut mengenai akaun, hubungi ARS untuk membantu akaun syarikat anda.

 

 

AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1, Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

Home | About | Services | Blog | Contact

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Naik Taraf Perniagaan Enterprise Ke Sdn Bhd?

Ramai usahawan yang masih keliru bilakah masa yang sesuai untuk naik taraf dari Enterprise ke Sdn Bhd.

Tiada penanda Aras yang khusus bagi usahawan untuk menaiktaraf dari Enterprise ke Sdn Bhd.

Ini adalah beberapa Tips yang kami boleh kongsikan jika usahawan ingin menaiktaraf perniagaan mereka. Read more

Inventori – Ramai Usahawan Yang Belum Tahu Apakah Ia

Apakah inventori?

Inventori dilihat sebagai barang-barang yang syarikat yang berada di tangan. Inventori berfungsi sebagai penampan di antara barangan jualan syarikat dan pengeluaran atau pembelian barangan. Read more

Debit & Kredit? Apa Tu?

Debit dan kredit adalah istilah yang digunakan dalam perakaunan dan simpan kira (dan telah digunakan selama berabad-abad). Read more