Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Naik Taraf Perniagaan Enterprise Ke Sdn Bhd?

Ramai usahawan yang masih keliru bilakah masa yang sesuai untuk naik taraf dari Enterprise ke Sdn Bhd.

Tiada penanda Aras yang khusus bagi usahawan untuk menaiktaraf dari Enterprise ke Sdn Bhd.

Ini adalah beberapa Tips yang kami boleh kongsikan jika usahawan ingin menaiktaraf perniagaan mereka.

JUALAN MELEBIHI RM 80 RIBU SEBULAN
==================================
Mengikut pemerhatian kami, kebanyakan perniagaan entrpise yang mempunyai jualan melebihi RM 80 ribu,akan membayar cukai yang lebih tinggi berbanding perniagaan yang berdaftar sebagai Sdn Bhd.

MEMOHON KEMUDAHAN PINJAMAN
==================================
Bagi perniagaan enterprise, peluang bagi mendapat pinjaman adalah lebih tipis berbanding Sdn Bhd. Ini adalah kerana pihak bank lebih berkeyakinan dengan syarikat Sendirian Berhad berbanding Enterprise. Jumlah pinjaman juga menjadi faktor kerana perniagaan Enterprise mempunyai had pinjaman yang agak rendah berbanding Sdn Bhd,

PELABUR
=====================================
Jika terdapat pihak yang ingin melabur pada sesuatau perniagaan usahawan, Syarikat Sdn Bhd kelihatan lebih terjamin dari segi pengurusan dan perundangan berbanding Enterprise.

KURANGKAN RISIKO PERNIAGAAN
====================================
Jika perniagaan berdepan dengan hutang yang banyak, pemilik perniagaan enterprise perlu menanggung segala hutang perniagaan itu sendiri, tetapi pemilik Sdn Bhd secara amnya, tidak perlu menanggung hutang perniagaan itu sepenuhnya, hanya tertakluk kepada jumlah modal yang ada dalam syarikat sahaja.

MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN
======================================
Perniagaan Sdn Bhd memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang sangat tinggi berbanding Enterprise. Dengan Tanggungjawab dan komitmen yang tinggi, Sdn Bhd lebih kelihatan Berkredibiliti dan mampu menarik keyakinan pihak ketiga seperti pelabur, bank, pembekal untuk bersama dalam perkembangan syarikat.

 

Perlukan bantuan dalam pengurusan akaun Syarikat anda? Hubungi kami.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *